Pembebasan Politik
Kegiatan penjelajahan dan penerokaan amat penting dalam politik Islam. Melalui kuasa politik, umat Islam telah diletakkan pada kedudukan yang berprestij dan disegani oleh umat Islam. Secara tidak langsung, kegiatan ini juga dapat membawa masuk maklumat politik negara asing ke dalam negara-negara Islam serta dapat mengukuhkan kedudukan politik antarabangsa Islam.
Sistem pemerintahan Islam yang menekankan konsep keadilan, telah membebaskan masyarakat daripada penindasan pemerintah yang zalim. Misalnya, semasa tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin al-As menjelajah Mesir, mereka mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang ditindas oleh pemerintah Rom yang zalim. Wilayah pemerintahan Islam telah berkembang hingga ke negara China semasa pemerintahan Khalifah al-Walid b. Abd. Malik. Ketika pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan, seluruh Afrika Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam, manakala melalui pemerintahan Khalifah Abdul Rahman al-Dakhil, Islam bertapak di Andalusia dan terus berkembang ke seluruh Eropah.
Apabila agama Islam mula tersebar ke seluruh pelusuk dunia, sistem ekonomi Islam mula mengambil alih kegiatan ekonomi semasa dan telah membebaskan masyarakat daripada cengkaman sistem ekonomi kapitalis yang
menindas mereka. Konsep ekonomi Islam yang menekankan keadilan dan kesamarataan serta menentang pembohongan dan eksploitasi penjual kepada pembeli telah berjaya mengambil hati masyarakat tempatan. Sebagai contoh, apabila Islam mula bertapak di Melaka, sistem perundangan yang berkaitan dengan aktiviti perdagangan telah dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam. Dalam urusan pinjaman pula, Islam menetapkan bahawa perlunya ada saksi. Semua peraturan ini bersesuaian dengan Islam dan bertujuan untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan semua pihak.
Islam telah menetapkan bahawa sebarang bentuk kebudayaan boleh diterima selagi tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip ajaran Islam yang suci. Setelah Islam sampai ke Asia Tenggara, banyak kebudayaan lama masyarakat Melayu telah ditinggalkan seperti amalan-amalan yang mempunyai unsur animisme. Cara hidup yang berunsurkan Islam mula menyerap dalam kehidupan masyarakat tempatan melalui aktiviti perdagangan dan pengislaman. Perkembangan ini dapat dilihat melalui seni bina masjid, bangunan, dan cara berpakaian. Akibat daripada kegiatan penjelajahan dan penerokaan, umat Islam terdiri daripada pelbagai bangsa.
Islam telah disebarkan ke seluruh dunia dengan pelbagai cara, sama ada menerusi penjelajahan mahupun perdagangan. Hakikat ini dapat difahami apabila banyak pendakwah Islam telah menjelajah dan meneroka ke seluruh dunia untuk memperkenalkan ajaran Islam yang suci. Sejarah Melayu sendiri ada mencatatkan tentang Sultan Melaka yang menerima Islam melalui Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah. Hikayat Raja-raja Pasai pula menyatakan bahawa Merah Silu menerima Islam daripada Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad yang datang dari Makkah. Hikayat Merong Mahawangsa pula menyatakan bahawa Raja Kedah telah diislamkan oleh Syeikh Abdullah Al-Yamani dari Yaman.
Pengiktelektuan
Menuntut ilmu pengetahuan, menambah pengalaman, dan meneroka bidang penyelidikan yang baharu merupakan antara matlamat dalam kepada penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh umat Islam. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini sebenarnya telah menemukan umat Islam dengan pelbagai bidang keilmuan yang baharu seperti perubatan, kimia, geografi, astronomi. dan pentadbiran negara.
Perubatan
Bidang ilmu perubatan mula berkembang pada zaman Bani Umaiyah (661-72 M). Kemuncak kemajuan ilmu perubatan Islam adalah pada zaman Bani Abbasiah (750-1258 M) yang selari dengan peluasan empayar Islam. Kebanyakan ilmu perubatan Islam diperoleh daripada sumber asing seperti Parsi, Yunani, dan India.
Geografi
Ilmu geografi diteroka oleh umat Islam melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Bangsa Arab sejak zaman Jahiliah lagi telah memberikan penekanan kepada bidang ini kerana keadaan kehidupan mereka yang sentiasa berpindah-randah serta penglibatan mereka dalam bidang perniagaan yang memerlukan kemahiran dalam bidang geografi.
Setelah wilayah Islam berkembang luas hingga ke China, pengetahuan umat Islam tentang bumi dan kedudukan negara semakin bertambah. Ketika zaman kemuncak perluasan empayar Islam, banyak buku geografi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Buku-buku ini termasuklah buku-buku dari Yunani, Mesir, Parsi, dan India. Umat Islam telah berusaha mendalami ilmu geografi sehingga mereka memperoleh kemahiran melakar peta. Kemahiran melakar peta ini memainkan peranan yang penting dalam penjelajahan dan penerokaan. Hal ini terbukti apabila Qutaibah bin Muslim yang menyerang bandar Bukhara (89 H/708 M), telah gagal dalam peperangan tersebut. Beliau kemudiannya telah meminta nasihat gabenor Iraq, iaitu al-Hajjaj b. Yusof al-Thaqafi. Al-Hajjaj telah meminta Qutaibah melakar peta bandar tersebut, seterusnya beliau telah menunjukkan arah serangan yang sepatutnya dilakukan oleh Qutaibah. Ekoran daripada arahan al-Hajjaj melalui lakaran peta bandar Bukhara tersebut, umat Islam telah berjaya menakluki bandar Bukhara.
Sejak zaman Jahiliah lagi bangsa Arab mementingkan ilmu astronomi kerana kehidupan mereka amat berkait rapat dengannya serta terpengaruh dengan ilmu falak yang dimiliki oleh jiran mereka, iaitu al-Kaldaniyyin. Pada peringkat awal, Umat Islam menterjemah karya-karya astronomi orang-orang Parsi. Sebuah karya astronomi berjudul Zij-i Syahi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Abu Hassan al-Tamimi, manakala tafsirannya dibuat oleh Abu Ma'shar. Ilmu astronomi India juga turut dipelajari hasil daripada penjelajahan dan penerokaan ini. Yaqub ibn Tariq, seorang ahli astronomi yang berguru dengan pendeta India memainkan peranan penting dalam membawa pengaruh astronomi India ke dalam ilmu falak Islam. Pe Delajahan dan penerokaan amat jelas membangkannya dapat kepada penyebaran dan perluasan agama Islam itu sendiri. Kepentingannya dapat dilihat dalam konteks dakwah, keilmuan, ekonomi, serta kebudayaan. Namun konsep penerokaan dan penjelajahan Islam amat berbeza dengan konsep Barat kerana kegiatan ini terikat dengan al-Quran dan al-Sunah Nabi Muhammad SAW.
Hijrah
Hijrah bukan sekadar perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah yang berlaku pada 1 Muharam (16 Julai 622 M), tetapi juga membawa makna yang merangkumi aspek rohani dan jasmani. Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah bukan kerana takut atau cuba melarikan diri daripada kaum Quraisy. Tujuan utama baginda berhijrah adalah untuk mematuhi perintah Allah SWT yang menyeru baginda untuk mempertingkatkan dakwah Islamiyah dengan cara yang lebih berkesan dan praktikal, meninggalkan masyarakat yang keji dan ingkar kepada Allah SWT, dan sebagai satu strategi untuk mengukuhkan kedudukan politik. Selain itu, tujuan baginda berhijrah adalah disebabkan oleh pemilihan Madinah yang sesuai dari segi geografi dan struktur sosialnya. Madinah merupakan kawasan strategik yang menghubungkan tiga kawasan perdagangan antara Syam (Syria) di sebelah utara, Yaman, dan Makkah di sebelah selatan. Masyarakat Madinah terdiri daripada orang Arab dan bukan Arab. Keadaan ini memberi peluang kepada Nabi Muhammad SAW untuk merangka struktur pemerintahan yang lebih praktikal setelah agama Islam tersebar ke seluruh dunia.
Menarik🤔👍
ReplyDelete