Blog yang telah kami hasilkan ini adalah berdasarkan dua tema yang diberikan, iaitu pertahanan dan peperangan serta penjelajahan dan penerokaan.
Sejak kemunculan tamadun-tamadun awal manusia seperti Tamadun Mesopotamia, terdapat berbagai-bagai punca yang menyebabkan pertelingkahan dan permusuhan berlaku sesama manusia. Pelbagai peperangan yang berskala besar-besaran atau kecil-kecilan sering kali berlaku dalam sejarah perkembangan tamadun dunia. Oleh sebab itu, bidang ketahanan dan pertahanan menjadi satu unsur penting dalam tamadun-tamadun awal manusia untuk menghadapi ancaman dan serangan daripada musuh. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ketahanan bermaksud perihal tahan atau keupayaan menanggung derita terhadap sesuatu, manakala pertahanan pula merujuk kepada persediaan senjata, kelengkapan dan ketenteraan untuk menjaga kedaulatan negara daripada ancaman dalaman atau luar negeri. Pertahanan yang baik dapat mempertahankan, membela serta menjaga keamanan dan keselamatan negara dengan berkesan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, penjelajahan bermaksud perihal menjelajah, mengelilingi atau berjalan-jalan ke merata-rata tempat atau daerah dengan tujuan untuk menyelidik, manakala penerokaan pula membawa maksud perihal perbuatan, usaha meneroka atau menerokai. Penjelajahan dijalankan untuk memenuhi keperluan semasa manusia pada zaman tamadun awal. Masyarakat tamadun awal akan berhijrah ke tempat lain untuk menghadapi perubahan cuaca, mencari sumber makanan dan air, mengelakkan ancaman daripada musuh serta mengembangkan ajaran agama. Namun, matlamat penjelajahan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Penjelajahan mungkin berlaku atas tujuan perdagangan atau perluasan kawasan naungan melalui penaklukan.
Terbaik...info dapat difahami dengan mudah👍
ReplyDeleteMudah difahami, maklumat yang lengkap. Dapat belajar banyak daripada sini
ReplyDeletebaguss!
ReplyDelete