Tokoh-tokoh Pengembara dan Peneroka dalam Tamadun Awal

IBNU BATTUTA


Ibnu Battuta atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad ibn Abdullah al-Lawati al-Tanji ibn Battuta dilahirkan pada 24 Februari 1304 di Fez, Maghribi semasa era pemerintahan Dinasti Bani Marin. Beliau datang dari keluarga kadi atau hakim. Beliau mempunyai latar belakang yang membantunya apabila dilantik sebagai kadi di beberapa buah kerajaan semasa pengembaraannya.

Beliau merupakan seorang ilmuwan Islam Marinid (Dinasti Benemerine: Empayar Muslimdi Morocco). Beliau mendapat pendidikan awal di masjid dan di rumah gurunya seawal umur 6 tahun. Dikatakan beliau telah menghafaz Al-Quran sejak kecil. Pendidikan beliau pada kurun ke-14 meliputi beberapa fasa iaitu pembelajaran mengenai Al-Quran, ilmu Matematik , vokasional dan kesusasteraan Arab. Beliau juga menerima pendidikan Maaliki dalam bidang Sains dan undang-undang Al-Quran Syariah. Beliau merupakan seorang pengkaji undang-undang dari Mazhab Maliki dan berkhidmat sebagai Kadi atau hakim.

Ibn Battuta meninggalkan Tangier pada hari Khamis, 14 Jun 1325 Masihi ketika usianya 21 tahun. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer yang meliputi 44 negara di benua Afrika dan Asia. Sepanjang perjalanan, beliau turut mengunjungi kota besar di Parsi dan Iraq, menemui para sarjana, gabenor dan seorang Raja Mongol. Ringkasnya, beliau telah melakukan tiga siri pengembaraan yang mengambil masa selama 30 tahun.

Pengembaraan yang pertama iaitu dari Maghribi hingga China. Negara seperti Mesir, Syam, Semenanjung Arab, Afrika Timur, Asia Kecil, Rusia Selatan, India, China, Andalus (Sepanyol) dan negeri orang berkulit hitam iaitu Mali di Afrika Selatan turut dikunjungi beliau. Semasa dalam perjalanan, Ibn Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat Haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu dan menetap di Makkah selama 2 tahun. Beliau meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan Kulwa. Kemudian, beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Makkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 Masihi, melalui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Pada siri kedua pengembaraanya, Ibn Battuta ke Syamdan Laut Hitam. Dari Laut Hitam, Ibn Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube. Kemudian beliau belayar menyeberang ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Beliau dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang Sultan di India. Beliau turut melanjutkan pengembaraan hingga ke Sri Lanka, Indonesia, Canton, Hong Kong, Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke ke-7 (terakhir) pada bulan November 1348 Masihi.

Pengembaraan siri ketiga bermula pada 753 Hijrah ke Mali, Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil pengembaraannya. Penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibn Juza telah menyunting dan menyusun buku beliau dengan gaya bahasa yang teratur selama 3 bulan untuk menyelesaikannya. Ibn Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama serta kezaliman yang dilaksanakannya. Turut diceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Di dalam kitab Tuhfat al-Nazhar, beliau menyatakan selama mengelilingi dunia hanya ada tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja Hindustani yang sangat peramah, Raja Yaman yang berakhlak mulia, Raja Turki yang gagah perkasa, Raja Rom yang sangat pemaaf, Raja Turkistan yang bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam buku tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan di banyak tempat. Dalam perjalannya, banyak perkara yang berlaku dan dilaluinya, iaitu bertemu dengan beberapa ahli sufi suci, mengkaji dan belajar undang-undang Madrasah, berjuang bersama-sama dengan keturunan Gengkhis Khan, menjadi Ketua hakim (Qadi) di Delhi di bawah naungan Muhammad bin Tughlaq, berkhidmat dalam Mahkamah Zamorins di Calicut, berkahwin dengan keluarga diraja di Maldives, merancang untuk merampas kuasa untuk mengambil alih kerajaan, berlayar ke Sumatera dan China sebagai duta dari India serta banyak kali menunaikan Haji.

Jika disingkap kembali Ibnu Battuta merupakan seorang tokoh yang telah banyak menyumbang dalam perkembangan ilmu pengetahuan yang turut dikongsi bersama sehingga ke hari ini. Beliau adalah seorang tokoh pengembara yang terkenal dan muncul sebagai sejarawan Islam yang unggul hasil perantauan beliau ke seluruh pelusuk dunia. Para Orientalis dan masyarakat Islam umumnya menganggapnya sebagai The Prince Of Muslim Travellers. Beliau selalu dibandingkan dan disamakan dengan pengembara-pengembara terkenal Marco Polo hasil pengalaman pengembaraannya selama lebih kurang 30 tahun. Beliau bersumbangan dalam pertambahan ilmu geografi, pensejarahan, ilmu sejarah, ilmu sosiologi dan antropologi (budaya masyarakat), pakaian. makanan dan lain-lain, bidang ekonomi, perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh serta semangat mengembara di kalangan orang Islam.

Menghasilkan ‘Rihlah Ibn Battuta’, iaitu sebuah manuskrip yang bertajuk Tuhfat al-Nuzzar fi Ghara'ib al-Amsar wa-'Aja'ib al-Asfar yang telah ditulis oleh Muhammad b. Juzay al- Kalbi atau lebih dikenali sebagai Ibn Juza, iaitu seorang penulis Sultan. Karya beliau banyak mengetengahkan tentang sosial, geografi, sejarah, ekonomi, ekologi dan teknologi sesuatu tempat yang dilawatinya dan kesemuanya diceritakan dengan terperinci. Karya beliau ini kemudiannya diterjemahkan kepada Bahasa Perancis oleh Defremery dan Sanguinetty, juga dalam Bahasa Inggeris oleh H.R.Gibb. Kini, Rihla yang telah diterjemahkan mempunyai 1000 muka surat dan mempunyai 4 jilid. Dikatakan segala catatan beliau disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris (Franch).



MA HUAN




Ma Huan merupakan seorang penjelajah, penerjemah, dan penulis perjalanan dari China yang hidup pada abad ke-15. Beliau diketahui kerana menemani Laksamana Cheng Ho dalam tiga daripada tujuh ekspedisi ke Samudra Barat. Ma Huan, yang merupakan seorang Muslim, lahir di Komanderi Kuaiji, Zhejiang, yang kini merupakan bahagian dari Shaoxing.



CHRISTOPHER COLOMBUS



Christopher Columbus telah dilahirkan di Genoa, Itali pada tahun 1941 Masihi. Beliau telah menjadi kelasi semenjak berusia 19 tahun lagi dan telah berlayar dari Itali ke England melalui Selat Gibraltar. Beliau merupakan orang yang pertama membawa berita tentang sebuah daratan yang dikenali sebagai Amerika. Beliau mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan wang bagi membiayai ekspedisinya. Raja Portugis pada masa itu enggan memberi bantuan kerana tidak yakin bahawa usahanya itu akan memperoleh kejayaan. Namun, Ratu Isabella dan Raja Ferdiland dari Sepanyol telah memberikan peruntukkan kewangan bagi membiayai pelayaran beliau pada tahun 1492. Hal ini demikian kerana Kerajaan Sepanyol cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh orang Portugis dalam pelayaran mereka. Perasaan ini telah mendorong Kerajaan Sepanyol untuk membiayai pelayaran Columbus. Pada tahun 1492 Masihi, Columbus berserta dengan 90 orang kelasi telah berlayar dengan tiga buah kapal, iaitu Santa Maria, Nina, dan Pinta. Beliau telah menyeberangi Lautan Alantik dan menghadapi tiupan angin kencang sepanjang tahun. Pelayaran itu telah membawa beliau ke Bahamas yang disangkanya sebagai Timur Jauh pada 12 Oktober 1492 Masihi.

Bagi melaporkan pelayarannya, beliau telah kembali semula ke Sepanyol. Setibanya di Sepanyol, beliau telah disambut sebagai wira dan telah dilantik seagai wizurai kepada wilayah-wilayah baharu. Dalam pelayaran kedua, beliau telah melawati tempat-tempat baharu dan telah menemui Pulau Dominica, Puerto Rico, dan Jamaica. Walau bagaimanapun, beliau gagal menemui perkara yang dicita-citakannya, iaitu timbunan emas. Dalam pelayaran ketiga pada tahuun 1498, beliau telah menemui Trinidad. Nasib malang telah menimpa beliau apabila ditangkap dan kemudiannya dihantar pulang ke Sepanyol. Pada tahun 1506, Columbus telah meninggal dunia. Jasa beliau dalam bidang pelayaran memang tidak dapat dinafikan kerana berjaya menjumpai wilayah baharu, iaitu benua Amerika.


FERDILAND MAGELLAN
    


Magellan telah membuktikan kepada dunia bahawa beliau merupakan seorang penjelajah pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Beliau dilahirkan pada tahun 1480 Masihi di Sabrosa, Utara Portugal. Keluarga beliau merupakan golongan aristokrat Portugis. Sebelum berlaku perselisihan faham dengan Raja Portugis, beliau telah membuat beberapa pelayaran untuk mencari jalan perdagangan bagi pihak Kerajaan Portugis. Walau bagaimanapun, Magellan telah mendapat kepercayaan daripada pihak Sepanyol. Pelayaran tersebut telah membawa bersama-sama 260 pihak kerajaan Sepanyol.Oleh sebab bekalan makanan yang dibawa tidak mencukupi, Magellan menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan dan hal ini telah menyukarkan lagi keadaan kerana pelbagai masalah lain juga turut dialami seperti cuaca buruk, kapal rosak, dan pemberontakan kelasi kapal.

Beliau juga telah meneruskan pelayaran selama tiga bulan sebelum tiba di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Di Pulau Marshall, beliau telah mengambil bekalan makanan yang mencukupi sebelum meneruskan pelayaran seterusnya. Ferdiland Margellan telah meneruskan pelayaran sehingga berjaya mendarat di Filipina, iaitu di Pulau Cebu pada tahun 1521. Satu hubungan dagangan telah diwujudkan di antara Magellan dengan ketua puak di situ. Walau bagaimanapun, beliau dan 40 orang anak kapal telah terbunuh kerana terlibat dalam satu perkelahian dengan penduduk tempatan. Sebastian del Cano merupakan kapten kapal Victoria yang terselamat dan telah kembali ke Sepanyol. Kapal ini merupakan kapal pertama yang berjaya belayar mengelilingi dunia setelah mengambil tempoh masa tiga tahun untuk mengelilingi dunia. Permulaan ini membolehkan Sepanyol berusaha untuk meneruskan pelayaran mencari tanah jajahan bagi mendapatkan rempah di Kepulauan Melayu.



HENRY THE BLACK (PANGLIMA AWANG)
    

Nama Enrique Malaka, Henry the Black, Enrique de Malacca atau Panglima Awang tidak pernah tercatat dalam sejarah sebagai manusia pertama yang mengelilingi bumi. Tetapi nama orang Eropah yang berjaya mengelilingi lingkaran bumi disebut sebagai Sebastian de Elcano. Sedangkan Sebastian de Elcano berjaya mengelilingi bumi 17 bulan selepas kejayaan yang dilakukan oleh Panglima Awang. Panglima Awang dilahirkan pada tahun 1494. Pada tahun 1503, beliau berlayar dari Ambon ke Palembang. Maknanya pada tahun itu, beliau memulai pelayaran mengelililngi bumi. Sekitar tahun 1509-1510, beliau berlayar dari Palembang ke Melaka dan sempat bekerja dengan Sultan Mahmud Syah. Pada tahun 1511, penguasa Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque telah menakluk Melaka. Sewaktu awal pengepungan Melaka pada tanggal 13 Julai 1511, Ferdinand Magellan, salah seorang kapten armada Alfonso de Albuqurque, berjaya menculik seorang lelaki yang kemudiannya mereka menamakan sebagai Enrique Malaka.



MARCO POLO



Marco Polo, seorang pengembara dan pedagang terkenal yang berasal dari Venice, Itali. Pada tahun 1271 ketika beliau berusia 17 tahun, Marco Polo bersama bapanya, Niccolo dan bapa saudaranya, Maffeo meninggalkan Venice dan memulakan pengembaraan ke China. Tempoh tiga tahun merentasi benua Asia terpaksa diharunginya sebelum sampai ke China. Maharaja Kublai Khan yang merupakan pemerintah daripada Dinasti Yuan telah memerintah negara China pada zaman tersebut.

Ketika di China, beliau telah menghabiskan masa selama 17 tahun untuk memberi khidmat kepada Maharaja Kublai Khan. Beliau telah dilantik sebagai duta oleh Maharaja Kubrai Khan kerana kagum dengan pengetahuan yang dimilikinya. Sebagai duta, beliau perlu melaporkan segala peristiwa yang dilihat atau yang ditemuinya sepanjanag tinjauannya ke wilayah-wilayah kekuasaan yang jauh seperti Shansi, Shensi, Acechuan, Yunan, India, Burma, dan Ceylon kepada Maharaja.

Setelah 17 tahun berada di China, keluarganya memutuskan untuk kembali semula ke Itali. Marco Polo juga sempat melakukan pengembaraan ke Sumatera. Menurutnya, penduduk di Perlak dan di Sumatera telah memeluk agama Islam hasil daripada hubungan dagangan yang wujud dengan pedangang-pedangan Islam yhang datang ke sana.

Pada tahun 1925 M, Marco Polo tiba di Itali dan sempat menulis kisah perjalanan dan pengalamannya semasa berada dalam tahanan orang-orang Genoa. Malangnya, hasil tulisannya itu dianggap rekaan semata-mata dan masyarakat telah menggelarkannya sebagai Marco II Milione, iaitu “orang sejuta bohong”. Asbesto, wang kertas, percetakan, dan perubahan merupakan antara perkara yang diceritakan dalam catatannya. Walau bagaimanapun, Christopher Colombus merupakan salah seorang yang terpengaruh dengan kisah Marco Polo dan berhasrat untuk berlayar ke China dan Jepun melalui laluan sebelah barat Eropah.



VASCO DA GAMA



Beliau telah dilahirkan pada tahun 1469 Masihi di Sines, Portugal. Raja Portugis telah memerintahkan beliau untuk mengenal pasti sama ada wujud laluan ke India dengan berlayar ke Timur mengelilingi selatan Afrika. Beliau telah menjalankan tanggungjawabnya tersebut sebagai kapten tentera laut Portugis. Da Gama telah memulakan pelayaran dengan disertai oleh empat buah kapal kecil bersamaan 170 orang anak kapal pada tahun 1487 dan beliau telah tiba di Tanjung Pengharapan setelah mengharungi pelayaran yang mengambil masa selama tiga bulan.

Sebelum meneruskan perjalanan ke India, beliau telah tiba di Malindi dan telah menemui seorang pemandu Arab. Jurupandu tersebut telah menunjukkan jalan dan membantu Da Gama melintasi Lautan Hindi sebelum tiba di Kalikat, India. Vasco da Gama telah menjalin hubungan perdagangan dengan pemerintah Kalikat. Sebuah tugu kenangan telah dibina di Kalikat bagi membuktikan bahawa terjumpanya jalan baharu dari Eropah ke Timuh Jauh. Beliau telah membawa pulang kargo yang dipenuhi dengan rempah ratus ke Portugis setelah berlayar selama dua tahun . Pada tahun 1502, satu lagi ekspedisi ke pelayaran ke India telah dilancarkan. Apabila beliau kembali ke India pada tahun 1524, beliau telah dilantik untuk menjadi wizurai bagi memerintah koloni Portugis yang baharu di sana. Beliau telah meninggal dunia sehari sebelum Hari Krismas, iaitu pada 24 Disember 1524.



I-TSING



I-Tsing merupakan seorang lagi penjelajah China yang masyhur pada abad ke-7 M.
Beliau merupakan seorang sami Buddha. Antara tempat-tempat yang pernah dilawatinya termasuklah Tanah Melayu dan India. Semasa melawat Tanah Melayu iaitu ketika singgah di Kedah pada tahun 671 beliau mendapati bahawa Kerajaan Kedah Tua merupakan sebuah kerajaan yang masyhur dan makmur. Dalam catatannya semasa singgah ke Kedah sekembalinya dari India menyebut bahawa Kedah
dijajah oleh Srivijaya pada masa itu. I-Tsing juga telah melawat Srivijaya sebanyak dua kali untuk mempelajari Bahasa Sanskrit dan menterjemahkan kitab suci agama Buddha.


2 comments:

  1. Panglima Awang๐Ÿ”› ๐Ÿ”

    ReplyDelete
  2. Tokoh2 ni berkeliling mengembara dan meneroka menggunakan kenderaan ke..atau hanya dgn berjalan..

    ReplyDelete