Tamadun Mesir
Pada tahun 1493 S.M., pemerintahan Mesir, iaitu Ratu Hatshepsut telah menghantar satu ekspedisi ke Tanah Punt di timur Afrika yang berhampiran Somalia. Ekspedisi yang melibatkan lima buah kapal membawa balik barang-barang seperti kayu balak, emas, gading gajah, dan ebony, iaitu sejenis kayu hitam. Selain itu, bahan-bahan seperti damar, minyak wangi, kapur barus, bijiran, dan kayu-kayan mendapat permintaan yang tinggi di Mesir kerana digunakan untuk tujuan keagamaan dan kecantikan diri. Ratu Hatshepsut juga mengarahkan supaya mendapatkan batu granit yang digunakan untuk tujuan pembinaan monumen. Penjelajahan ke Katarak dikatakan berjaya membawa lebih kurang 350 tan batu granit untuk pembinaan tersebut.
Tamadun China
Masyarakat China sejak beribu-ribu tahun dahulu telah menganggap bahawa orang asing adalah babarian. Mereka beranggap bahawa China adalah pusat ketamadunan dunia atau dikenali sebagai middle kingdom. Tidak hairan jika masyarakat daripada tamadun China memandang rendah masyarakat tamadun lain yang datang ke negara mereka.
Hubungan antara China dengan kawasan Asia Barat dan benua Eropah agak lembab disebabkan faktor geografi China yang terpisah daripada Eropah akibat gurun dan gunung-gunung. Meskipun begitu, China pernah berinteraksi dengan bangsa Eropah seawal kurun pertama S.M. melalui aktiviti perdagangan, terutamanya perdagangan kain sutera. Jalan perdagangan yang menghubungkan China dengan Asia Timur, Asia Barat, dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama, manakala jalan laut yang menghubungkan China dengan rantau Asia Tenggara, India dan Afrika dikenali sebagai Jalan Sutera Laut. Jalan Sutera Lama terbentang dari sempadan China hingga ke Antaknya di Turki sejauh 7000 km.
Pembukaan Jalan Sutera Lama disebabkan oleh usaha Empayar Han untuk meneroka dan menjelajah, khususnya bagi menghadapi ancaman kaum Xiongnu yang sering mengganggu hubungan perdagangan dengan negara-negara Arab dan Rom. Bagi menyelesaikan ekspedisi ini, Maharaja Wudi telah melantik pegawainya Zhang Qian ke Bactria pada tahun 138 S.M. Langkah yang dilakukan oleh Zhang Qian adalah dengan berbaik-baik dengan kaum Yuezhi, iaitu musuh kaum Xiongnu. Namun, usaha ini gagal kerana Zhang Qian ditangkap dan ditahan selama 10 tahun oleh tentera Xiongnu. 13 tahun kemudian, Zhang Qian kembali ke China dan memberitahu maharajanya bahawa China tidak perlu berperang dengan orang Xiongnu kerana keuntungan yang bakal diperoleh melalui perdagangan dengan negara-negara Barat. Beliau juga membawa balik buah anggur serta maklumat tentang keadaan geografi dan kehidupan kaum-kaum di Asia Barat, Asia Tenggara, dan Mesir. Sekali lagi maharaja Wudi menghantar Zhang Qian untuk menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara-negara Barat pada tahun 119 S.M. Ekspedisi Zhang Qian ini telah berjaya memperluas empayar China serta mempertingkatkan hubungan perdagangan antara China dengan kawasan-kawasan Barat melalui Jalan Sutera Lama.
Bagi meningkatkan pengetahuan agama, Hseun Tang telah mengembara ke India pada tahun 629 Masihi atas arahan maharaja. Semasa di India, beliau telah mendalami agama Buddha di Universiti Nalanda. Beliau telah membawa balik lebih 700 judul buku agama Buddha ke China. I-Ching juga menggembara kerana faktor agama. Beliau singgah di Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Nalanda, India. Beliau mendalami agama Buddha selama 10 tahun di India. Beliau juga terlibat dalam penterjemahan kitab-kitab Buddha daripada bahasa Sanskrit ke dalam bahasa China.
Kapal-kapal perdagangan China telah belayar ke negara Eropah menjelang tahun 100 Masihi. Kapal-kapal China juga telah belayar ke seluruh Asia Selatan dan India antara tahun 600 - 900 Masihi. Maharaja Kublai Khan telah melancarkan satu ekspedisi tentera laut pada tahun 1274 Masihi bagi menawan Jepun, manakala untuk menawan Jawa, satu lagi ekspedisi telah dilancarkan pada tahun 192 Masihi. Walau bagaimanapun, semua ekspedisi yang dilancarkan ini gagal mencapai matlamatnya. Maharaja Yung Lo telah menggalakkan dan menaja ekspedissi pelayaran secara besar-besaran. Pada tahun 1403, baginda telah mengarahkan wilayah Fukein membina sebanyak 137 buah kapal laut. Wilayah-wilayah lain seperti Kiangsu, Kiangsi, Chekiang, Hunan dan Kwangtung turut membina 200 buah kapal laut. Pada tahun 1407 Masihi, sejumlah 1680 buah kapal telah dibina.
Ekspedisi penjelajahan dan penerokaan telah berlangsung antara tahun 1405 hingga tahun 1433. Tujah ekspedisi telah dilakukan sepanjang tempoh tersebut. Pelayar-pelayar Cina telah tiba di Asia Tenggara, India, Teluk Parsi, Aden, Hormos ke pesisir pantai timur Afrika. Ekspedisi pertama yang didokong oleh Dinasti Ming ini melihatkan 62 buah kapal yang membawa 28000 anak kapal.
Liang LiJi dalam bukunya, Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15 mendedahkan bahawa armada kapal di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho berjumlah 100 hingga 200 buah. Anak kapalnya pula adalah seramai 27000 hingga 28000 orang. Tujuan pelayaran ini adalah untuk meluaskan pengaruh China sebagai kuasa besar, meningkatkan hubungan perdagangan dengan dunia luar serta ingin memperoleh sokongan daripada negara-negara luar bagi mengatasi serangan orang-orang Mongol.
Setelah kemangkatan Maharaja Yung Lo, kerajaan Ming tidak memberikan perhatian terhadap ekspedisi pelayaran pada tahun 1433 dan peruntukan untuk kegiatan pelayaran telah dihentikan. Keadaan ini mungkin disebabkan timbulnya kritikan daripada golongan sarjana Confucius. Keadaan ini telah menyebabkan kegiatan pelayaran dan penerokaan orang China berakhir. Kerajaan China kemudiannya mengamalkan dasar tutup pintu apabila pemerintahan negara tersebut telah diambil oleh Dinasti Manchu. Perubahan dasar negara ini telah menyebabkan usaha penjelajahan dan penerokaan berakhir begitu sahaja.
Dalam menjalankan aktiviti penerokaan, banyak penemuan baharu telah dibuat oleh masyarakat Cina. Antaraya termasuklah kompas magnetik dan “sekstanait” iaitu alat untuk menentukan kedudukan kapal dan lain-lain lagi. Penemuan -penemuan ini menyebabkan banyak ekspedisi pelayaran telah dibuat bagi menunjukkan kepada masyarakat daripada tamadun lain bahawa masyarakat China lebih awal bertamadun.
Tamadun Yunani
Orang-orang Yunani merupakan orang Eropah pertama yang melakukan pelayaran. Orang Phoenicia dari Yunani dikatakan sebagai penjelajahan yang hebat dan mempunyai tokoh-tokoh yang terkenal dalam penjelajahan dan mereka juga telah berlayar mengelilingi Afrika pada abad ke-7 S.M. Hal ini terbukti apabila Firaun Necho pernah menggunakan khidmat orang Phonecia bagi tujuan mengukur keluasan kerajaan Mesir. Pulau Sicily, Cyprus, Corsia dan pesisiran Laut Mediterranean merupakan petempatan baharu yang telah dibuka oleh orang Yunani hasil daripada penjelajahan dan penerokaan mereka.
Tamadun Melayu
Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Melayu juga mempunyai kemahiran dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. Hal ini demikian kerana sikap orang melayu yang suka mengembara seperti yang dilakukan oleh orang Minangkabau dan Bugis. Di samping itu, terdapat juga rekod-rekod yang menunjukkan kapal-kapal pedagang Melayu dari Jawa yang terlibat dalam aktiviti perdagangan di Afrika, China dan lain-lain. Kemahiran dalam ilmu pelayaran telah menyebabkan masyarakat Melayu melibatkan diri dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Mereka mahir dalam aspek-aspek geografi seperti keadaan ombak, jenis angin, kedudukan batu karang, benting, dan lain-lain. Selain itu, mereka turut mahir dalam pembinaan dan penggunaan alat-alat pengangkutan laut. Keupayaan orang-orang Melayu dalam bidang pelayaran ini adalah disebabkan adanya tradisi membina kapal. Kerajaan Melaka, misalnya mengimport kapal-kapal besar dari Jawa dan Pegu di samping membina sendiri kapal-kapal kecil.
Sebelum Islam mula bertapak di kepulauan Nusantara, orang Melayu menjalankan aktiviti penjelajahan dengan tujuan untuk menuntut ilmu dan mempertahankan diri. Kemunculan Srivijaya sebagai pusat perkembangan ajaran agama Buddha telah menjadikan ramai penuntut berhijrah ke sana untuk belajar sebelum dapat menyambung pelajaran ke Universiti nalanda di India. Kedatangan Islam ke Nusantara telah menyemarakkan lagi kegiatan penjelajahan di Tanah Melayu. Masyarakat Melayu banyak menjelajah untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam ilmu keagamaan selari dengan perkembangan ajaran Islam di Nusantara. Ramai juga anak-anak Melayu yang merantau ke Timur Tengah bagi menunaikan ibadat haji di Makkah dan menuntut di sana. Kepulangan mereka ke kampung halaman membolehkan mereka mengembangkan ilmu pengetahuan dan ajaran-ajaran agama kepada masyarakat setempat.
Tamadun Mesopotamia
Mesopotamia merupakan tamadun awal yang terkenal dengan penggunaan roda sebagai alat pengangkutan. Melalui sistem pengangkutan yang ada di tamadun ini, mereka menjalin hubungan perdagangan dengan kawasan-kawasan jiran. Selama beribu-ribu tahun saudagar dan pengembara mengharungi jalan perdagangan yang merentasi Asia. Sebab itulah banyak barang dari negara luar boleh ada di Mesopotamia, begitu juga barang-barang dari Mesopotamia dijual ke negara-negara luar.
Tamadun Indus
Kurang maklumat tentang penjelajahan dan penerokaan Tamadun Indus namun tidak dinafikan berlaku penjelajahan dan penerokaan atas motif perdagangan dan agama. Kapal-kapal India berlayar di Yaman. Perdagang Tamadun Indus menjelajah ke Asia Tenggara memperluas perdagangan dan agama sejak abad pertama Masihi. Perdagangan bertukar kepada penjajahan. Penjajahan Raja Rajendra 1 (Raja Chola dari India Selatan ) ke atas kerajaan-kerajaan Srivijaya di S. Tanah Melayu dan Sumatera (1025M).
🤩👍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTamadun indus dari mana ye...
ReplyDeletemenarik dan informasi lengkap
ReplyDelete