Kesimpulan

Kesimpulannya, kita boleh mendapat iktibar daripada sejarah perkembangan ketamadunan manusia pada zaman awal. Sebagai contoh, Tamadun Yunani dan Rom yang telah berkembang menjadi empayar dengan kekuatan pertahanan yang dimilikinya serta Tembok Besar China yang dibina untuk mempertahankan negara China daripada sebarang ancaman luar. Daripada sinilah kita dapat melihat bahawa masyarakat tamadun awal sangat berusaha dalam mempertahankan negara mereka agar negara sentiasa aman dan damai. Selain itu, masyarakat tamadun awal juga mempunyai sifat ingin tahu. Ini dapat dilihat daripada penjelajahan dan penerokaan yang telah dijalankan oleh mereka. Penjelajahan dan penerokaan merupakan satu usaha untuk mengetahui tentang sesuatu yang bahru di luar lingkungan tempat asal mereka.



1 comment: